”Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran atas diri kami, dan teguhkanlah pendirian kami dan menangkanlah kami terhadap orang-orang kafir”. ( Surah Al Baqarah [2] : 250)
Kehidupan kita penuh dengan ujian dan dugaan, sama ada positif atau negatif. Kita diuji dengan kesedihan, kegagalan, kegembiraan dan kejayaan. Memang banyak kesedihan atau kesakitan yang dapat dicegah. Tetapi ada juga yang tidak dapat dicegah sehingga membawa kepada kematian walau segala usaha dan ikhtiar telah dilakukan.
Berdoa kepada Allah untuk diberikan kekuatan dalam menempuhi dugaan kehidupan, agar dapat ditempuhi dengan tabah dan sabar. Sebagai umat Islam, hanya kepada Allah kita memohon pertolongan. Kita manusia tidak memiliki daya dan upaya selain mengharap pertolongan-Nya. Begitu juga ketidakupayaan kita untuk menolak sesuatu musibah.
Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Mereka yang enggan berdoa kepada Allah, adalah orang yang bongkak. Doa memberikan kita pahala dan kebaikan dan tiada mudarat jika kita meninggalkannya kerana keengganan melakukan doa maka ia boleh diertikan sebagai satu bentuk penolakan manusia akan hakikat kebergantungan kepada Allah SWT.
Allah SWT berjanji memperkenankan permohonan yang diminta oleh mereka sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku akan perkenankan doa permohonan mu……”. (surah al-Mu’min 40 : ayat 60)
Dalam kehidupan kita, selain daripada Allah memberi apa yang kita minta, banyak juga kebaikan, rezeki dan sebagainya Allah berikan kepada kita walaupun tidak kita diminta.
Maksud Hadis Qudsi: Berkata Abu Umamah Al-Bahili r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda: Allah telah berfirman: “Sebaik-baik persembahan yang dapat diberikan hamba-Ku kepada-Ku ialah menyampaikan nasihat kerana Aku.” (Riwayat: Ahmad, Hakim dan Abu Nu’aim)

0 komentar:
Posting Komentar